Wednesday, November 24, 2010

Memata nie

Yang paling besar dalam jiwa wanita adalah hati. Perkara yang paling utama dalam hidup mereka pula ialah suami dan anak-anak. Malah hati mereka sentiasa dekat dengan suami. Pahitnya kehidupan andai hati mereka dikecewakan.Jiwa mudah tertekan. Perasaan menjadi luka lara. Rasa tidak menentu lalu kerja harian tidak dapat diberi tumpuan.

Namun, tatkala, suami memberi belaian, kasih sayang, gurau senda, pujian dan cinta , jiwa bagai berada di awangan.Apa jua sangup dikorbankan. Bersemangat sekali melaksanakan tanggung jawab seorang ibu dan isteri. Hati berbunga riang. Jiwa menyanyi-nyanyi merdu. Semua mehnah dan tribulasi serasa kecil dan ampuh. Begitu mudah direntasi. ajaibnya peranan cinta.Maka, bercinta dan berkasih sayanglah sehebat mungkin.
Dunia hanya sementara, usia amat pendek. Lalu mengapa mahu diisi dengan derita, marah yang menyinga, kezaliman yang keji. Aura akan menjdi busuk dan kelam. Jiwa merana.

No comments:

Post a Comment